Apa Beza Main Saham & Forex?

Saham dan Forex merupakan dua perkara yang nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza. Apa yang  membezakan saham dan juga forex adalah Saham melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia manakala Forex pula merupakan tukaran mata wang asing dunia.

Apa Beza Main Saham dan Main Forex?

Memang ramai yang menggelarkan main saham ataupun main forex, tapi selaku pelabur yang serius, biasanya mereka menggelarkan pelabur saham dan juga forex trader. Tapi disebabkan macam dah trending plak kan, jadi ianya menjadi kebiasaan kepada mereka-mereka yang baru bermula dan juga mereka yang sudah lama dalam bidang ini.

cara main saham

Antara perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

1.Untuk jual beli saham, pelabur perlu mendaftar dengan Bursa Malaysia. Tetapi jika melabur dalam Forex, hanya perlu mendaftar dengan broker-broker forex yang ada secara online.

Dapatkan Teknik Saham Terbaik

2.Saham melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai di papan Bursa Malaysia, tetapi forex hanya melibatkan matawang asing seperti USD, JPY, GPB dan sebagainya.

3.Urusan jual beli saham adalah pada bekerja sahaja dan hanya sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Tetapi urusan forex berlaku 24 jam kecuali Sabtu dan Ahad.

4.Transaksi boleh dilakukan terus menerusi online banking di Malaysia ataupun melalui remiser-remiser saham yang ada. Manakala forex pula deposit harus melalui broker-broker yang ada dan segala urusan deposit dan withdraw adalah melalui broker.

5.Keuntungan atau profit saham adalah melalui prestasi syarikat berkenaan, tetapi forex pula adalah berdasarkan prestasi mata wang dunia. Ianya melibatkan banyak faktor dari segi ekonomi dan juga politik.

Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih mana satu cara yang disenangi. Ada pro dan kontranya. Walaupun kedua-dua harus mempunyai asas yang sama, tetapi teknik-teknik untuk mendapat keuntungan mungkin agak berbeza. Jadi jika anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melabur saham, mungkin inilah masanya untuk anda mulakan. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian yang amat besar nanti.

Untuk mendapatkan ilmu saham terbaik, anda boleh cuba dapatkan ebook Sistem Saham supaya anda dapat menjadi seorang pelabur saham yang berjaya. Teknik yang digunakan amat berguna sekali bagi mereka yang baru, ataupun yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham.