Belajar Cara Main Saham

Belajar Cara Main Saham

Main saham merupakan satu perkara yang serius, biasanya bagi mereka yang aktif dalam pelaburan saham ini merupakan mereka yang sanggup hanguskan duit mereka apabila keadaan memaksa. Sebab itulah mereka tidak menggunakan istilah ‘Main Saham’ sebaliknya menggunakan melabur saham ataupun trade saham supaya ianya lebih serius.

Mungkin ramai yang dah biasa dengan istilah ‘main saham’ jadi mereka menggelarkannya seperti satu permainan yang rasanya tidak boleh dibuat bergurau kerana ianya melibatkan duit kita..kita yang untung ataupun kita yang rugi.

Belajar Cara Main Saham

Bagaimana Nak Mula Main Saham?

Bagi mereka yang masih baru, untuk menjadi seorang pelabur saham, haruslah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk setiap pelabur. Melabur saham bermakna anda membeli saham syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sebagai sokongan modal untuk mereka.

Para pelabur saham inilah yang memberikan modal untuk perniagaan mereka dan keuntungan dalam bentuk dividen dan juga kenaikan saham akan diperolehi oleh setiap pelabur saham mereka.

Untuk memulakan pelaburan saham, anda harus mempunyai dokumen seperti berikut:

Akaun CDS

-akaun CDS boleh diperolehi oleh mana-mana bank-bank yang menjadi pendaftar yang sah untuk pelaburan saham. Contohnya adalah seperti Maybank Investment Bank, CIMB Securities, dan juga banyak lagi. Boleh lihat senarai broker yang berdaftar melalui link yang diberikan.

-nombor akaun ini adalah perlu untuk mengakses dashboard panel untuk memulakan pelaburan saham anda itu.Dengan adanya nombor ini anda hanya boleh membeli saham menerusi bank-bank yang anda daftar itu sahaja. Bermakna..1 akaun CDS, untuk satu Bank…

Belajar Cara Main Saham

Bagaimana Nak Daftar Akaun CDS?

1.Untuk mendaftar akaun CDS, pergi ke mana-mana bank, tapi lebih mudah jika anda mempunyai akaun di bank berkenaan. Contoh paling mudah Maybank.

2.Sebelum pergi ke Maybank Investment Bank, fotostat dahulu salinan IC dan juga salinan penyata bank anda supaya anda boleh melakukan pendaftaran akaun CDS dengan lebih cepat.

Download Ebook Teknik Saham Terbaik

3.Setelah selesai, pergi ke kaunter di Maybank Investment Bank dan minta untuk membuka akaun CDS dan juga akaun dengan Bursa Malaysia. Pendaftaran cuma dikenakan RM10.00 sahaja. Manakala pendaftaran akaun trading di Bursa Malaysia adalah percuma. Ini bagi memastikan setiap pelabur berdaftar dengan Bursa Malaysia.

4.Isikan maklumat dengan lengkap dan tunggu sehingga selesai. Anda akan diberikan nombor akaun CDS untuk simpanan anda dan seminggu selepas itu, anda akan menerima surat daripada Bursa Malaysia keterangan akaun anda itu dan pelbagai maklumat yang lain.

5.Dengan adanya nombor akaun berkenaan, anda sudah boleh ‘main saham’ seperti yang diimpikan.

Main Saham Bukan Mudah

Dalam pelaburan saham, banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum kita membeli beberapa jenis saham yang kita minat. Kita beli bermakna kita yakin yang syarikat berkenaan akan mendapat keuntungan yang tinggi dalam tempoh-tempoh tertentu.

Download Ebook Teknik Saham Terbaik

Ada dua jenis pelabur saham yang utama di Malaysia iaitu pelabur jangka pendek dan juga pelabur jangka panjang. Pelabur jangka pendek biasanya akan mula membeli saham-saham yang bakal meningkat naik dalam tempoh-tempoh tertentu seperti Saham IPO dan juga syarikat yang dirasakan berpotensi untuk naik dalam masa yang singkat apabila ada suntikan modal yang luar biasa contohnya.

Mereka yang melabur dalam keadaan ini akan menjual saham mereka dalam masa yang singkat dan mengambil keuntungan hasil daripada kenaikan kaunter-kaunter saham yang telah dianalisis. Apa yang susah sebenarnya adalah untuk mengenalpasti kaunter-kaunter manakah yang berpotensi?

Untuk pelabur jangka panjang, mereka menyimpan sejumlah saham bagi kaunter-kaunter tertentu yang boleh memberikan keuntungan dalam bentuk dividen. Kaunter-kaunter seperti Hartanah, Telekomunikasi merupakan antara kaunter-kaunter saham yang amat diminati oleh golongan-golongan ini. Mereka akan menikmati kadar dividen yang lumayan mengikut peratus saham yang mereka miliki. Mungkin setahun ada 4 kali dividen yang mereka akan terima bergantung kepada prestasi dan keuntungan syarikat tersebut.

Bagaimana nak pilih kaunter saham berpotensi? Kaunter mana yang bagus nak jual cepat? Kaunter ni bagus ke nak beli untuk simpan dalam jangka masa yang lama?

Persoalan-persoalan ini dapat dijawab kalau anda mendapatkan Ebook Sistem Saham yang terbaik ini. Segala teknik analisis, panduan membeli kaunter-kaunter saham yang terbaik akan dibongkarkan satu persatu. Tak rugi untuk mendapatkannya kerana ilmu yang anda dapat itu boleh digunakan untuk analisis saham-saham yang berpotensi supaya tidak tersilap beli kaunter saham dan anda pun rugi dengan banyaknya….

Download Ebook Teknik Saham Terbaik