Berapa Modal Beli Saham?

Berapa agaknya modal untuk beli saham?

Kalau masa dulu kita sering dimomokkan dengan penjualan dan pembelian saham dengan harga yang amat tinggi sampaikan ramai juga yang takut untuk melabur saham. Jika tuan-tuan masih lagi takut, rasanya tuan masih lagi di zaman yang lama mungkin 20 tahun dahulu.

Modal Beli Saham

Kini tidak lagi, untuk membeli saham, tuan hanya memerlukan modal serendah RM100.00 sahaja atau mungkin kurang. Ini disebabkan pembelian minimum untuk satu lot saham cuma 100 unit sahaja. Contoh paling mudah.

Kaunter A – nilai seunit adalah RM0.30

Pembelian minimum – 100 unit

Jumlah pembelian – RM30.00

Murah bukan? Jadi cuma RM30.00 sahaja yang tuan-tuan perlu keluarkan. Betul ke?

Jawapannya tidak…

Teknik Untung Main Saham

Kerana untuk membeli saham bukan hanya nilai tersebut sahaja yang terlibat. Tuan-tuan harus juga mengambil kira caj-caj berikut untuk membeli ataupun menjual saham.

1.Brokerage Fee

2.Stamp Duty

3.Clearing Fee

Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan GST, adakah pembelian saham dikenakan GST?

Jawapan Ya dan juga Tidak..

Untuk membeli saham, tuan-tuan tidak akan dikenakan caj GST, tetapi urusan dengan pihak broker, akan dikenakan GST. Contohnya adalah seperti pembukaan akaun CDS. Setiap pembukaan akaun CDS bermula 1 April 2015 akan dikenakan caj GST.

Beli Saham Kena GST

Teknik Untung Main Saham