Berapa Modal Nak Beli Saham?

Berapa sebenarnya modal nak membeli saham?

Adakah untuk membeli saham kita perlu sediakan duit yang banyak sehingga puluhan ribu ringgit?

Biasa orang-orang kaya je beli dan main saham ni. Tu sebab mereka kaya.

berapa modal melabur saham

Disebabkan mentaliti itulah yang menyebabkan ramai dikalangan kita tidak melabur saham, kerana telah dimomokkan oleh kenyataan tersebut.

Mitos paling menakutkan ramai orang lagi adalah:

Main Saham Ni Boleh Jadi MUFLIS!!

Mungkin banyak drama-drama swasta memberikan satu tanggapan di mata masyarakat yang mana melabur saham ni kena modal yang besar dan juga rugi pun nanti TERUK, sampai kena gadai harta benda.

Ketahui Teknik Saham Yang Mampu Meningkatkan Keuntungan Anda

Takkan rugi besar kalau sebelum labur saham, dapatkan ilmu untuk melabur terlebih dahulu.

Soalan yang ramai nak tahu adalah: Berapa Modal Nak Melabur Saham?

Walaupun ramai dah tahu jawapannya, mungkin untuk ramai masih tak tahu, saya akan cuba jawab.

Modal minimum yang perlu anda sediakan adalah bergantung kepada nilai saham tersebut bagi jumlah 100 lot. Ini adalah kerana nilai minimum saham yang boleh dibeli adalah 100 unit.

Ini tidak termasuk dengan brokerage fees dan juga GST ye, juga Clearing Fees. Sebenarnya tak banyak mana pun.

Caj ini adalah bergantung kepada broker masing-masing. Kalau anda pandai pilih broker saham anda, maka saham yang anda beli tu dapat la fees yang murah.

Caj lain yang akan dikenakan adalah Duti Setem. Nilai RM1000 ringgit adalah bersamaan dengan RM1.00 sahaja caj dan nilai maksimum caj yang akan dikenakan cuma RM200 sahaja.

Kalau anda beli nilai saham sehingga RM10K, maksimum anda kena cuma RM200.00 je maksudnya.

Jadi kalau anda nak beli sesuatu saham tu pastikan anda kira terlebih dahulu caj-caj yang terlibat. Spare la dalam RM100 untuk caj lain, biasanya tak banyak sampai macam tu sekali.

Apa yang paling penting adalah bagaimana strategi anda untuk memilih kaunter saham yang betul sama ada anda ingin melabur saham dalam jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek sahaja.

Carilah ilmu dari mereka yang pakar.

Kalau anda sibuk dan ingin mencariĀ  Teknik Saham yang betul, saya suggest anda dapatkan Ebook Teknik Saham ini dan belajar bagaimana nak pilih kaunter saham yang betul dan juga teknik pelaburan saham yang betul-betul genuine dan terbaik!