Saham Lebih Untung Berbanding ASB?

Beberapa hari yang lalu telah diumumkan kadar dividen dan keuntungan yang bakal diterima oleh mereka yang melabur dengan ASB. Tetapi adakah pelaburan di ASB tidak menguntungkan? Mana lebih untung, ASB ataupun anda melabur dalam saham di Bursa Malaysia?

Semuanya ada pro dan kontranya yang tersendiri. Dapat dilihat bahawa ramai yang inginkan risiko yang rendah apabila melaburkan duit mereka di mana-mana institusi-institusi kewangan yang ada. Jadi tak hairanlah jika kadar dividen yang diterima untuk pelaburan ASB tidaklah sebanyak melabur saham di Bursa Malaysia kerana risiko melabur saham di Bursa Malaysia bergantung kepada apakah kaunter saham yang anda beli itu mampu memberikan anda keuntungan dalam jangka masa yang anda inginkan.

Saham Lebih Untung Berbanding ASB

Sudah semua ketahui, jika anda melabur dalam ASB, kadar keuntungannya akan hanya dikira setahun sekali dan biasanya hujung tahun ramai yang akan mula menikmati kadar keuntungan yang mereka telah laburkan pada tahun tersebut ataupun sebelumnya. Manakala  jika anda membeli saham, keuntungan yang anda boleh perolehi dalam sesuatu jangka masa adalah bergantung kepada nilai dividen dan berkait rapat dengan prestasi kewangan syarikat tersebut.

Mari kita lihat sejenak prestasi kadar dividen yang telah dikeluarkan baru-baru ini untuk rujukan mereka yang melabur di ASB sejak dari tahun 1990.

-Terkini Tahun 2015 : 7.25 + 0.5
-Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
-Tahun 2013 : 7.70 + 1.00 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
-Tahun 2012 : 7.75 + 1.15 Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
-Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
-Tahun 2010 : 7.50 + 1.25
-Tahun 2009 : 7.30 + 1.25 Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
-Tahun 2008 : 7.00 + 1.75 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
-Tahun 2007 : 8.00 + 1.00
-Tahun 2006 : 7.30 + 1.25
-Tahun 2005 : 7.25 + 1.75 Selepas Pilihanraya (Dividen Kekal)
-Tahun 2004 : 7.25 + 2.00 Tahun Pilihan raya (Dividen Kekal)
-Tahun 2003 : 7.25 + 2.00
-Tahun 2002 : 7.00 + 2.00
-Tahun 2001 : 7.00 + 3.00
-Tahun 2000 : 9.75 + 2.00 Selepas Pilihanraya ( Naik)
-Tahun 1999 : 8.50 + 1.50 (2sen adalah bonus istimewa) Tahun Pilihanraya (Naik)
-Tahun 1998 : 8.00 + 2.50
-Tahun 1997 : 10.25 + 1.25
-Tahun 1996 : 10.25 + 3.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
-Tahun 1995 : 10.0 + 3.00 Tahun Pilihanraya (Naik)
-Tahun 1994 : 9.50 + 4.50
-Tahun 1993 : 9.00 + 450
-Tahun 1992 : 7.50 + 5.00
-Tahun 1991 : 8.50 + 4.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
-Tahun 1990 : 8.00 + 6.00 Tahun Pilihanraya

Contoh paling jelas jika anda mempunyai sejumlah wang yang memang tidak digunakan untuk perbelanjaan seharian, dan didapati ada lebihan untuk digunakan sebagai modal pelaburan. Dimanakah agaknya anda akan melabur? Adakah melabur saham? Emas ataupun hanya berharap kepada dividen ASB semata-mata?

Kita ambil contoh saudara Pakdi yang menggunakan pendekatan begini untuk melabur saham…

Saham Lebih Untung Berbanding ASB

Melabur saham bukan hanya memikirkan keuntungan untuk jangka masa pendek sahaja. Apabila ianya disebut pelaburan, ada jangka masa tertentu yang tentu lebih membuatkan anda tersenyum setiap kali melihat kaunter saham yang anda beli itu mendatangkan keuntungan yang diharapkan. Lihatlah sendiri, beliau menetapkan dalam tempoh 10 tahun ianya akan berkembang menjadi sesuatu yang mungkin anda sendiri tidak terbayang dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bagaimana Nak Pilih Saham Yang Bagus?

Untuk memilih kaunter-kaunter saham yang bagus, anda haruslah mempunyai panduan yang tertentu supaya tidak terbeli kaunter-kaunter saham yang mungkin merugikan anda sendiri. Semuanya berdasarkan analisis-analisis yang telah anda buat. Kaji dengan teliti latar belakang dan juga prestasi syarikat tersebut sebelum membeli dan jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada spekulasi semata-mata.

SistemSaham dapat memberikan anda sebuah panduan berguna untuk mendalami lagi ilmu pelaburan saham dan juga cara menganalisis saham dengan cara yang betul. Anda akan didedahkan dengan teknik memilih kaunter saham tertentu sahaja supaya anda dapat menjana keuntungan yang mungkin 3-4 kali ganda berbanding pelaburan di ASB.

Jadi anda buatlah pelaburan ilmu saham ini segera kerana anda akan menggunakannya berulang kali dan anda mungkin akan lebih cermat untuk membeli kaunter-kaunter saham dan tidak terbeli kaunter saham yang tidak mendatangkan keuntungan yang anda inginkan.

Dapatkan Ebook Sistem Saham Sekarang Di Sini